Resepi Ikan Keli Bakar (Cepat Dan Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai dijadikan hidangan diwaktu makan utama. Ikan keli bakar ini adalah salah satu cara mudah,cepat tetapi sedap bagi anda pengemar ikan air tawar.Ikan keli merupakan antara ikan sungai yang popular kerana harganya yang murah dan rasanya yang sedap. 

Kebiasaannya ikan keli ini digoreng garing dan dimasak sambal berlada. Jika di Negeri Sembilan pula ikan keli disalai sehingga masak dan sedikit kering agar ia tahan lebih lama, lalu ia dimasak lemak cili api bersama belimbing buluh. Oleh itu kali Madam akan kongsikan resepi ikan keli bakar, salah satu cara mudah dan ringkas untuk menikmati ikan keli. Berikut adalah bahan-bahannya dan cara untuk memasak ikan keli bakar ini.

Resepi Ikan Keli Bakar (Cepat Dan Sedap)

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan keli

Bahan perap

  • Garam
  • Serbuk kunyit

Bahan kisar

  • Cili kisar 
  • Bawang merah 
  • Bawang putih 

Kaedah

  • Tumis bahan kisar sehingga masak, tambah garam dan serbuk perasa biarjan sehingga naik minyak. Tutup api, biar sejuk.
  • Gaulkan ikan keli yang telah dibersihkan dan dikelar dengan garam dan kunyit.
  • Lumurkan lagi bahan yang telah ditumis.
  • Sediakan kuali leper dengan sedikit minyak.
  • Grill ikan keli dan biar ia garing sebelum dialih agar masak kedua-dua bahagian.
  • Siap.

Ikan keli perlulah dibasuh bersih menggunakan asam limau atau asam jawa bagi menghilangkan bau hanyirnya. Manakala penggunaan tepung gandum pula berkesan untuk menghilangkan lendirnya. Makan ikan keli bakar ini bersama air asam jawa amat sesuai kerana rasanya yang masam manis dan pedas akan terserlah. Oleh itu selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Sup Ikan Merah

Resepi Ikan Kicap Pedas

Resepi Sotong Bakar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *