Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Bersantan (Sedap Teringat – Ingat!)

author name

📄 ,

Kuih Koci Pulut Hitam Bersantan, hidangan yang amat sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang. Ditambah pula dengan air teh, cukup sempurna hidangan ini. 

Kuih Koci Pulut Hitam Bersantan ini mempunyai rasa yang amat manis, didapati daripada pulut hitam dan digabungkan bersama rasa lemak daripada santan. Kombinasi yang amat bijak dan mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. 

Resepi ini telah dikongsikan oleh NoorNazirah Che Hussain dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa tunggu lagi? Jom scroll!

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Bersantan

kuih-koci
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan adunan:

  • 1kg tepung pulut*
  • 1 1/2 cwn tepung pulut hitam*
  • 1 kotak santan*
  • Sedikit garam*
  • Air secukupnya*

Bahan inti:

  • 1 biji kelapa parut
  • 400gm gula merah
  • 100gm gula putih
  • 2 helai daun pandan

Cara – cara memasak:

  1. Bahan – bahan adunan dibancuh terlebih dahulu sehingga lembut.
  2. Untuk bahan inti, gula merah dimasak bersama gula putih berserta 2 cawan air sehingga mendidih.
  3. Kemudian, tapiskan gula tersebut kedalam kuali.
  4. Masukkan kelapa dan juga daun pandan.
  5. Masak sehingga air gula merah kering.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *