Resepi Cucur Badak Keledek (Kuih Tradisional)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih yang popular sejak turun temurun. Kuih cucur badak ini menggunakan ubi keledek dan inti kelapa oedas sebagai bahan utama. Kuih ini mudah ditemui digerai jalanan yang biasanya menjuak sarapan pagi seperti nasi lemak.

Bagaimanapun tidak semua orang pandai membuat kuih ini. Cucur badak yang sedap seharusnya menggunakan keledek yang manis iaitu keledek yang berwarna jingga. Walaupun ia boleh dibuat dari keledek putih (kuning pucat) namun rasanya sedikit kurang manis. Kali ini Madam akan kongsikan resepi kuih cucur badak menggunakan keledek berwarna jingga, berikut ialah bahan-bahan yanh diperlukan.

Resepi Cucur Badak Keledek (Kuih Tradisional)

Bahan-bahan 

  • 1 Kilogram keledek(dilecek)
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 1/2 Biji kelapa parut

Bahan (digiling)

  • 10 biji cili kering
  • 3 sudu besar udang kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • 1/2 sudu teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • Garam secukup rasa

Kaedah 

  • Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya,
  • Masukkan kelapa dan sedikit air
  • Bila dah kering angkat dan sejukkan
  • Gaulkan ubi keledek dengan tepung hingga sebati, kemudian bentukkan bulat2
  • isikan intinya dan dibulakan semula
  • Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
  • Siap.

Untuk rasa yang lebih sedap, gunakan cili kering yang sedikit pedas. Ini kerana kombinasi pedas manis sememangnya memikat. Namun begitu jika anda bukan pengemar makanan pedas anda boleh juga menggunakan cili kering biasa atau gunakan cili merah sahaja. Malah anda juga boleh abaikan cili, gunakan serbuk kunyit juga memadai. Jadi diharap anda akan sudi mencuba resepi ini bagi hidangan sarapan atau anda juga boleh sejuk bekukan. Petuanya hanya perlu masak sedikit cucur badak ini kemudian sejukkan sebelum bekukan ia. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kuih Lompat Tikam

Resepi Seri Muka Durian

Resepi Kuih Koci

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *