Resepi Kimchi

Resepi Kimchi

Bahan-bahan:-
1/2 kobis panjang
1 biji lobak merah
Daun Bawang
3sb garam
3sb cuka*
3sb sos ikan

Bahan B
1 inci halia
1/2 bawang besar
5 ketul bawang putih
1 biji buah pear*

Bahan C (Pemekat)
3 sb tepung beras
2sb brown sugar / gula biasa
1 cawan air

Cara-caranya:-
1. Potong separuh kobis panjang kpd 4 bahagian memanjang.
2. Basuh. Kemudian masukkan garam bagi kena semua kobis yg dah dipotong.
3. Selepas 30minit kemudian masukkan cuka.
4. Perap sampai kobis tu jd lembik. Kalau sy perap antara 1 @ 2jam.
5. Bila dah cukup masa untuk perap, basuh kobis kemudian tapis.
6. Kisar sekali smua bahan B.
7. Untuk pemekat, masukkan air dahulu dan nyalakan api.
8. Kemudian masukkan tepung beras. Kacau dan masukkan brown sugar. Kacau lagi sehingga sebati.
9. Setelah sebati dan pekat, sejukkan dulu.
10. Bila dah sejuk, campurkan bahan yang dah dikisar tadi.
11. Kemudian masukkan serbuk cili & cili flakes. Gaul semua bagi sebati. Masukkan sekali sos ikan.
12. Bila dah sebati, campurkan ke dalam kobis yg dah diperap tadi sekali dengan lobak merah & daun bawang.
13. Bila dah campur semua sekali, masukkan lagi 1sb brown sugar & 1sb cuka.
14. Bila dah campur semua, simpAn dalam bekas bertutup rapat. Kena simpan dalam peti ais ye.

Yang bertanda * tu tak wajib. Nak letak boleh, taknak letak pun bolehhh.

Selamat mencuba! ?

Kredit resepi kepada ‎Syifa Robert‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Penulis