Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri (Ringkas Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi ringkas yang enak dan cepat disediakan. Masak cuka ikan tenggiri ini merupakan sebuah resepi yang mirip masakan asam rebus. Tetapi masakan cuka ini menggunakan ikan yang digoreng dan asam yang digunakan ialah cuka. Cuka seperti yang kita ketahui ialah sejenis cecair masam yang telah melalui proses penapaian. Oleh itu cuka sangat bagus untuk kesihatan. Nabi s.a.w sendiri mengalakkan umatnya mencampurkan cuka didalam masakan.

Manakala ikan diguna didalam masakan ini, kerana ia sangat sesuai dijadikan masakan yang masam sedikit seperti masakan ini. Ini kerana ikan mempunyai bau yang agak hanyir jika masakan seperti sesuai untuk menghilangkan bau tersebut.

Baiklah mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri (Ringkas Sedap)
Bahan utama

  • Ikan papan seekor saiz sederhana ( bersihkan dan potong kepada beberapa keping) 

Bahan-bahan lain

  • Bawang besar (dibelah 4 atau 6)
  • Bawang putih 2 ulas (belah 2 sahaja)
  • 1 inci halia (hiris memanjang)
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 2 ulas cili merah (dibelah 2)
  • 10 biji cili api (pilihan)
  • Cuka 2 sudu besar
  • Air anggaran ½ cawan.
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Kaedah

  • Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit, goreng jangan terlalu garing. Ketepikan.
  • Tumiskan bahan-bahan lain yang telah dihiris. Apabila bahan tumisan telah layu,masukkan air dan cuka. 
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, biarkan ia mereneh.
  • Tambah air jika perlu.
  • Siap, sedap dihidang ketika masih panas.

Selain ikan tenggiri, anda boleh juga menggunakan ikan selar, kembong atau kerisi. Malah ikan yang paling sesuai ialah ikan berisi daging putih. Ia bukan sahaja lebih manis tetapi juga sangat elok untuk kesihatan. Namun pastikan anda memilih ikan yang segar, kerana keenakkan masakan ini terletak pada kesegaran ikan yang digunakan. 

Bagi penggunaan cuka, selain dari cuka masakan anda juga boleh menggunakan cuka epal. Anda juga boleh mengurangkan sukatan cuka jika tidak suka pada rasanya yang masam. Apapun cubalah resepi ini, dan rasaikan keunikkannya. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik

Selain resepi ini , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *