ikan bakar portugis

Resepi Ikan Bakar Portugis Macam Kat Restoran Mahal!

Ikan Bakar Portugis merupakan salah satu resepi unik yang dibawa bersama penjajah Portugis dahulu. Rasanya amat lazat dan digemari ramai. Ikan bakar Portugis menggunakan ikan pari yang sudah pastinya memberikan rasa yang manis, digabungkan dengan pelbagai rempah. Jika selalunya hidangan ini disediakan di restoran, anda kini boleh menyediakannya sendiri.

Cara pembuatan ikan bakar Portugis ini amat ringkas. Ianya tidaklah sukar untuk disediakan dan sesuai dihidangkan bersama dengan nasi putih panas. Ianya juga dibakar dan teknik bakar merupakan salah satu alternatif untuk menghasilkan juadah yang lebih sihat! Jadi, mari kita lihat resepi ikan bakar Portugis ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mona Liza dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Ikan Bakar Portugis

ikan bakar portugis
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan pari
  • Bendi
  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Bawang kecik
  • Halia
  • Kunyit
  • Buah keras
  • Asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan cili kering, semua bawang, halia, kunyit dan buah keras.
  2. Tumis bahan kisar sampai garing, letak asam keping, gula, garam, ajinomoto dan air.
  3. Letak daun pisang atas aluminium foil and letak pes sikit.
  4. Kemudian letak ikan pari dan letak pes lagi baru letak bendi.
  5. Ambil minyak dari tumisan tadi dan letakkan sikit dekat atas ikan dengan pes sekali.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *