Resepi Kayu Keramat Paling Terkenal di Pantai Timur Gerenti Sedap

Oleh:

Kayu keramat merupakan salah sebuah kuib yang amat popular di pantai timur terutamanya di Terengganu. Rasanya amat lazat dan rupanya seakan – akan cakoi. Walaubagaimanapun, tekstur kayu keramat lain sedikit daripada cakoi dan ianya lebih berat dan berisi.

Kali ini kami bawakan resepi kayu keramat ini khas buat anda semua. Kini, anda boleh menyediakan kayu keramat ini sendiri. Cara pembuatannya ringkas, hanya bancuh tepung dan bahan – bahan lain dan menggorengnya. Namun, rasanya tetap lazat! Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati tau!

Resepi ini dikongsikan oleh Jieji Mustaffa dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat resepi kayu keramat ini!

Resepi Kayu Keramat

imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 500g tepung gandum
  • 1 camca soda bikarbonat
  • 1 camca teh yis mauripan
  • 6 sudu makan gula
  • 1 camca makan planta/marjerin
  • 230ml/1gelas air suam (diletak sedikit – sedikit)

Cara – cara memasak:

  1. Yis dibancuh dengan sedikit air suam dan biarkan yis kembang seketika
  2. Bancuh gula dengan air lebihan yis tadi. Tepung digaul dengan planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikarbonat dan digaul rata.
  3. Kemudian masukkan air yis dan air gula yang dibancuh tadi sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 2 kali
  5. ganda. (anggaran 1jam lebih)
  6. Tumbuk doh dan potong memanjang lebih kurang 5-7cm.
  7. Panaskan minyak. Tarik doh sedikit dan pusingkan kemudian goreng hingga kekuningan.
imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Leave your vote

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Nur Dini Abd Aziz
Suka berkongsikan resepi terkini yang menarik untuk dicuba.

Tinggalkan komen di sini

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.