Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roti Jejari Cheese (Gebu Gebas Lembut)

Siapa suka meroti? Bila berkumpul bersama keluarga, paling seronok kalau meroti bersama-sama. Selagi ada bahan-bahan untuk membuat roti selagi itulah ada niat meroti.

Kali ini kami berkongsikan resepi roti jejari cheese. Resepi yang dikongsikan oleh Eiyjarn Aziean AnGah di laman Facebook ini tidak hanya lembut sahaja, tetapi sangat lembut dan gebu.

Doh roti jejari yang diperbuat daripada adunan tepung, susu, telur dan bahan lain, serta cara dan teknik yang betul, akan mendapati roti jejari cheese yang lembut dan gebas seperti macam gambar.

Cheese digunakan sebagai topping. Istimewanya ialah, cheese tabur akan cair dan melekat di permukaan roti, sehingga roti makin enak dan wangi. Roti jejari cheese amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau kudapan tetamu.

Resepi Roti Jejari Cheese

roti jejari cheese
Imej via Facebook

Bahan A :

  • 2 cawan air suam,
  • 8 sudu besar gula,
  • 4 sudu besar susu pekat manis,
  • 6 sudu besar yis kering.

Bancuh semua bahan A, rehatkan sampai kembang.

Bahan B :

  • 1 kg tepung high protein (500 gram tepung high protein dan 500 gm tepung Hong Kong),
  • ¾ cawan mentega,
  • 3 sudu besar susu tepung,
  • 1 sudu besar bread improver,
  • 1 sudu besar bun softener.

Ramas bahan B sampai sebati.

Bahan C :

  • 3 biji kuning telur gred B atau A.

Bahan D :

  • Susu cair untuk sapu permukaan doh.
  • Gula halus/gula kasar (saya guna gula halus).
  • Cheddar cheese secukupnya (diparut).

Cara Membuat/Menguli :

  1. Mula-mula satukan bahan A dan C.
  2. Kemudian tuang bahan sedikit-sedikit ke dalam bahan B, gaul dan uli sampai licin dan elastik serta tidak melekat di tangan.
  3. Sekiranya ingin dapatkan doh yg lembut, semasa menguli basahkan tangan dengan lebihan bahan A tadi dan uli. Buat sampai bahan A habis. Uli secara tarik hempas dan tarik hempas.
  4. Bila doh sudah elastik, rehatkan doh selama 40 minit sampai doh kembang dua kali ganda. Kemudian tumbuk doh yang sudah kembang tadi untuk keluarkan udara.
  5. Bentukkan doh bulat memanjang seperti dalam gambar. Buat sampai habis. Pastikan ada ruang diantara doh sebab doh akan kembang.
    Kemudian rehatkan lagi doh sampai kembang dua kali ganda.

    roti jejari cheese
    Imej via Facebook
  6. Jika sudah kembang, sapu permukaan doh dengan susu cair. Tabur gula halus kemudian parutkan dengan cheese secukupnya. Kemudian taburkan lagi gula halus di atas permukaan cheese.

    roti jejari cheese
    Imej via Facebook
  7. Panaskan oven dengan suhu 160°C.
  8. Bakar roti jejari cheese selama lebih kurang 15-20 minit. Siap.

Resepi Menarik Lain

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Selain resepi roti jejari cheese, kami menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!