Resepi Roti Sardin Roll (Breakfast Sedap)

Resepi seterusnya merupakan sebuah lagi resepi yang menggunakan roti putih sebagai bahan utama. Roti sardin roll dibuat menggunakan roti putih dan juga isi sardin. Isi sardin ini dimasak terlebih dahulu bersama cili dan bawa. Untuk menyingkirkan bau yang hanya-hanya daripada ikan sardin tersebut, kita haruslah menggunakan asam limau nipis atau Kasturi. Bagi anda yang mencari idea minum petang boleh jadi anda cuba resepi ini. Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Roti Sardin Roll
Bahan-bahan

  • Roti
  • Sardin tin
  • Cili kisar 1 sudu besar
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Cili Merah (hiris nipis)
  • Kentang goreng (pilihan)
  • Sedikit garam
  • Perahan limau nipis/kasturi
  • Sedikit tepung(bancuh dengan sedikit air)

Kaedah Inti

  • Panaskan minyak. 
  • Tumiskan bawang dan cili yang telah disediakan tadi.
  • Tumiskan isi sardin yang telah dihancurkan.masukkan sardin bersama sosnya.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Penyediaan Sardine Roll

  • Mula-mula leperkan roti menggunakan pin roll.
  • Isikan inti sardin tetapi jangan penuh sangat.
  • Golong roti dan kemudian gam hujungnya menggunakan tepung yang telah dibancuh tadi.
  • Habiskan semua roti dan sedia untuk goreng.
  • Dengan minyak yang banyak dan panasa, goreng roti tadi.
  • Alih apabila ia telah perang.
  • Tidak perlu lama kerana ia mudah rentung.
  • Tos sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Roti ini sebaiknya dikukus terlebih dahulu, ini adalah untuk mengelakkan ianya terlalu berminyak ketika di goreng. Satu lagi tujuannya ialah agar ia mudah dileperkan. Pastikan anda mengisi hanya sedikit isi di dalam roti agar ia tidak keluar ketika di gulung. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *