Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Roti Bakar ButterMilk

Aktiviti hujung minggu…
Meroti..
#rotibakarintibuttermilk

Saya guna resepi ni..
#satuResepiPelbagaiRoti

Resepi ni ada juga di wall saya,cari kat photo albums.. resepi lain pun ada..

Bahan A
220ml air suam
11gram yis
1biji telur

Satu air dan yis. Rehatkan sampai kembang,baru masukkan telur,gaul rata

Bahan B
500gram tepung roti
2sudu besar susu tepung
1sdk bread improver
1sdk bun softener
75gram marjerin

Ramas bahan B sampai jadi seperti serbuk roti.

Cara membuat.
Tuang bahan A kedlm bahan B sedikit semi sedikit . Gaul rata sehingga menjafi doh. Uli sampai licin dan elastik. Rehatkan doh selama 40minit atau sehingga naik dua kali ganda. Tumbuk doh yang dah kembang tadi untuk keluarkan angin. Timbang doh 30gram setiap satu. Isikan inti buttermilk. Susun di dalam tray,pastikan ada jarak diantara doh. Rehatkan lagi selama 30-40minit sehingga doh kembang. Bakar selama 20minit menggunakan 170c . Mengikut suhu oven masing masing. Setelah roti masak,sapu mentega di atas permukaan roti yang masih panas supaya nampak licin dan berkilat.

RESEPI inti buttermilk ada di ruang komen ( ada kat gambar buttermilk)

SELAMAT MENCUBA…

Kredit resepi ini kepada euyjarn aziean angah via masak apa hari ni

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!