Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Viral Roti Bakar Cheese Leleh Sedap Kena Trylah

author name

Resepi kali ini merupakan salah satu cara yang berbeza dalam menyediakan sarapan pagi. Dalam perkongsian kali ini adalah resepi yang telah menjadi viral baru-baru ini. Bahan-bahan yang digunakan sangat minima, penyediaannya pula sangat mudah dan cepat. Namun kerana kadnaungan gula yang tinggi ianya tidaklah sesuai bagi pengamal diet rendah karbo ataupun rendah gula. Namun saya kongsikan juga resepi ini kerana ia amat sesuai bagi anda-anak ataupun peminat-peminat roti yang rangup dan berlemak ini. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan. 

Bahan-bahan 

  • Roti putih 2 keping
  • Cheese slice sekeping
  • Bahan-bahan sapuan
  • 3tbsp butter yang telah lembut
  • 2 tbsp gula perang.

Kaedah

  • Gaul bahan-bahan sapuan dan kacau hingga sebati.
  • Sapukan pada 2 keping roti putih tadi.
  • Panaskan kuali dan goreng 1 keping roti tadi.
  • Kemudian tambah cheese slice, tutup dengan penutup periuk supaya cheese cair.
  • Selepas itu baru tambah roti yang sekeping lagi dan terbalik roti tadi.
  • Api jangan besar sangat untuk elakkan ia hangit.
  • Alih roti bila ia telah bertukar keperangan.
  • Siap!

Saya menggunakan gula perang untuk menghasilkan rasa yang lebih rangup dan warna perang yang lebih menarik, namun anda juga boleh menggunakan gula putih yang boleh didapati didapur anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.