Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roti Sarang Lebah (Versi Pandan)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi yang diinovasi daripada koleksi resepi roti ban manis. Roti sarang lebah biasanya dibuat menggunakan resipi roti ban manis tetapi ia dihidangkan bersama sos iaitu sos Butterscotch. Bagaimana pun perkongsian kali ini akan membawa sedikit kelainan di mana resipi roti ini diolah menggunakan pandan. Jika anda tidak pernah mencubanya berikut adalah cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti sarang lebah pandan ini.

Resepi Roti Sarang Lebah Pandan

Bahan A

  • 1kg tepung gandum
  • 100g gula pasir
  • 11 g yis
  • 20g susu tepung
  • Garam 2 sudu teh
  • 1 sudu teh bread improver (pilihan)
  • 1 sudu teh bread softner (pilihan)
  • 2 biji telur (apa-apa gred)

Bahan B

  • 100g butter/marjerin
  • 440 ml air (air + 1 sudu teh emulco pandan)

Kaedah 

  • Mula-mula campurkan semua bahan A.
  • Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  • Selepas itu dengan menggunakan pemukul ‘hook’ hidupkan mesin pengadun, dan biarkan sehingga semua bahan sebati.
  • Perlahan lahan tuangkan air ke dalam adunan itu sehingga doh menjadi bulat.
  • Kemudian masukkan pula majerin/mentega  ke dalam adunan tersebut. 
  • Teruskan menguli sehingga adunan menjadi elastik.
  • Keluarkan doh dan uli sedikit.
  • Masukkan semula kedalam mangkuk adunan dan biarkan doh berehat sehingga menjadi besar sekali ganda saiznya. Biasanya masa diperlukan ialah 60 minit.
  • Kemudian keluarkan doh dan bahagikan ia menjadi doh kecil. 
  • Beratnya ialah dalam 30g atau 50g setiap satu.
  • Susun didalam loyang yg telah digris dengan minyak saiz 6” atau 8”.
  • Biarkan doh berehat lagi 30 min.
  • Kemudian sapukan dengan bancuhan telur dan sedikit air.
  • Taburi dengan bijan hitam dan kelapa kering.
  • Bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit.
  • Keluarkan roti dari loyang sejurus ia masak dan sapukan dengan mentega agar ia berkilat.
  • Sejukkan sebelum dijamu bersama krim kastad kelapa pandan atau sangkaya.
  • Siap!

Perlulah diingatkan anda perlu menggunakan yis yang masih baru kerana dikhuatiri yis yang telah luput tarikhnya tidak akan menghasilkan roti yang baik. Begitu juga beberapa petua seperti memanaskan oven sebelum anda membakar roti anda perlu dipatuhi.

 Jika anda ingin versi roti putih, anda boleh menggunakan air sahaja (tanpa campuran emulco pandan). Resepi ini amat mudah kerana ia boleh diolah mengikut citarasa anda, anda boleh mencuba dengan pelbagai jenis emulco lagi seperti emulco coffee, coklat atau strawberi. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *