Resepi Roti Sosej Cheese (Sarapan Ringkas)

Resepi berikut merupakan sebuah resepi berasaskan roti putih yang biasanya dihidangkan diwaktu sarapan atau minum petang. Roti putih adalah antara makanan yang paling banyak diubahsua menjadi pelbagai menu. Antara yang terkenal ialah sandwich, puding roti dan banyak lagi. Contohnya roti sosej dengan cheese ini amat mudah untuk disediakan.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Roti Sosej Cheese
Bahan-bahan

  • 1 bungkus roti (pilihan Garenia atau apa sahaja jenama)
  • Sosej
  • Cheese
  • 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak

Kaedah 

  • Mula-mula sediakan 2 keping roti.
  • Letakkan cheese di atas roti
  • Belah sosej menjadi 2 belah.
  • Kemudian letakkan sosej yang di atas cheese. 
  • Tutup semula roti yang lagi satu diatasnya.
  • Grill didalam kuali yang telah digriss dengan mentega.
  • Apabila kedua belaj bahagian telah cukup masak, bolehlah keluarkan ia dan potong serong.
  • Siap untuk dihidangkan.

Gunakan keju mozzarella untuk efek tarik, namun anda juga boleh menggunakan keju cheddar atau keju lain yang ada dipasaran. Gunakan roti gardenia untuk rasa yang sedap atau gunakan roti massimo untuk roti yang lebih stabil. Lazimnya roti ini tidak menggunakan bahan lain, namun anda boleh menambah bawang atau tomato jika anda suka. Semuanya terpulang pada citarasa anda. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


Give a Comment