Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Biskut Cornflakes Mudah, Rangup Dan Sedap!

author name

Biskut cornflakes adalah sejenis biskut yang menggunakan kepingan jagung (cornflakes) sebagai bahan utama atau lapisan luar. Selalunya biskut cornflakes ini juga salah satu kuih raya wajib dihidangkan untuk tetamu.

Cornflakes memberikan tekstur rangup kepada biskut ini. Biasanya, bahan-bahan asas untuk membuat biskut cornflakes termasuk mentega, gula, tepung, dan telur, yang dicampurkan dan dibentuk menjadi biskut kecil. Selepas dibentuk, biskut ini kemudian digaul atau disalut dengan cornflakes sebelum dibakar, menghasilkan rasa manis dan tekstur yang garing.

Dalam artikel kali ini kami bawakan pelbagai resepi biskut cornflakes yang ada mengikut kesesuaian masing-masing.

1. Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Resepi biskut corrnflakes ini memang sedap dicampurkan pula dengan chocolate chips menaikkan lagi kerangupan biskut ini. Resepi dari Syuhada Che Din.

Bahan-bahan

  • 250g buttercup (boleh guna marjerin atau pure butter)
  • 1 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • Cornflakes secukupnya
  • Chocolate chips
  • Chocolate rice (optional)
  • Almond nibs atau slice (optional) *bakar kejap

Cara penyediaan

  1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
  3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
  4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
  5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
  6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
  7. Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

2. Resepi Biskut Cornflakes Legend

Biskut cornflakes resepi original ini dari Khairul Izhar memang lejen. Tak ada penambahan bahan lain cukup sedap.

Bahan-bahan

  • 250gm butter/majerin
  • 50gm tepung jagung
  • 100gm gula aising (kalau nak guna gula castor or brown kurangkan sikit gula)
  • 200gm tepung gandum
  • 1 mangkuk Cornflakes yg dh diramas (masukkan sekali dalam adunan +- 80g untuk bagi lagi crunch)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Cornflakes secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Pukul butter & gula hingga sebati & nampak berkrim.
  2. Masukkan esen vanila dan tepung yang dah di ayak. Gaul hingga sebati (adunan memang lembik).
  3. Masukkan cornflakes yang dah diramas ke dalam adunan dan sebatikan.
  4. Sudukan atau cubit comelkan adunan adunan tepung ke dalam cornflakes dan golekkan.
  5. Bakar smpai masak suhu 160°C selama 15 – 20 minit ikut oven masing-masing.

3. Resepi Biskut Cornflakes Madu

Biskut paling wajib bila tiba hari raya. Cornflakes madu ini memang menjadi pilihan ramai. Mana tidaknya nak buat pun sangat mudah. Resepi dari Hanna Yasmeen.

Bahan-bahan

  • 125gm butter
  • 1/2 cawan gula perang(brown sugar)
  • 5 sudu makan madu

Cara penyediaan

  1. Cairkan semua bahan di atas, tutup api dan biar seketika.
  2. Masukkan 250 gm cornflakes,gaul sebati.
  3. Sudukan ke dalam paper cup dan hias. Bakar pada suhu 170’-180’ (10minit)
  4. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

4. Resepi Biskut Cornflakes Rangup

Biskut yang mempunyai tekstur rangup memang sedap. Nak dapatkan kerangupan ada caranya. Baca dulu resepi dari Samsiariah Aliyas.

Bahan-bahan

  • 250gm butter/majerin
  • 100gm gula aising
  • 200gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Cornflakes secukupnya

Cara penyediaan

  1. Pukul butter & gula sehingga sebati n nampak berkrim. Gaul pakai senduk je
  2. Selepas itu masukkan esen vanila dan tepung yang dah di ayak. Gaul hingga sebati (adunan memang lembik ye).
  3. Masukkan cornflakes dalam mangkuk dan ramas sedikit.sudu kan adunan tepung ke dalam cornflakes dan golekkan, hias dengan ceri/kismis/choc chip ikut suka masuk dalam oven dan bakar sampai masak suhu 160c 20-15 minit ikut oven masing-masing.
  4. Siap.

5. Resepi Cornflakes Cranberries Cookies

Biskut cornflakes rangup kali ini dicampurkan dengan dried cranberries. Dapat pula tekstur rangup pada biskut dan lembut pada didalam dengan kehadiran cranberries. Resepi dari Jue Izam Jaafar.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 200 gm butter (akak guna brand tatura)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 cawan cornflakes kecik2 (tak payah nak ramas hancur dah)
  • 200gm dried cranberries
  • 1 sudu makan jus sunquick
  • Esen vanilla

Cara penyediaan

  1. Pukul butter dan gula hingga gebu, masukkan esen vanilla dan sunquick pukul lagi.
  2. Masukkan cornflakes dan cranberries gaul rata masukkkan tepung gandum dan tepung jagung sebatikan adunan, adunan memang akan lembik sedikit sebab kita scoop adunan guna sudu letak atas dulang pembakar kalau lembik sangat tambah tepung sikit.
  3. Bakar suhu 180c dalam 10-15 minit api atas bawah garing lagi sedap.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi menarik yang telah kami kongsikan untuk rujukan masakan anda. Jangan lupa cuba ya. Terima kasih juga kerana telah singgah di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *