Mini Oreo Cheesecake Muffin

Oleh:

Teringin nak makan ciskek ?. Tapi sbb suka cheesecake simple so buat mcm ni je la.

Mini Oreo Cheesecake Muffin

Resepi ?? in case ada yg nak try ?

✍? Biskut Oreo.
Resepi asal guna 15keping – 10kpg pakai semua, 5kpg buang krim & cincang kasar TAPI saya cuma guna 12kpg yg tak buang krim & tak cincang oreo sbb nak rasa cheesecake shj
✍? 250gm cream cheese
✍? 50gm gula kastor
✍? 60gm krim masam.
Kalau xde blh guna yogurt asli tapi hasilnya kurang sedap berbanding guna krim masam
✍? 1biji telur size A – pukul manja
✍? 1/2 sk esen vanilla

Cara2
?? Letak sebiji biskut oreo dlm papercup yg diletak dlm acuan muffin
?? Pukul cream cheese dgn electric mixer hingga lembut
?? Letak gula, pukul sebati
?? Letak esen vanilla, pukul sebati
?? Letak telur yg dipukul sedikit demi sedikit sambil pukul sebati
?? Letak krim masam & pukul sebati lagi
?? Letak oreo yg dicincang kasar, kacau guna spatula. Saya skip step ni sbb x letak oreo cincang
?? Letak adunan dlm papercup sampai penuh atau 3suku penuh
?? Bakar pd suhu 140C selama 20min
Kalau sentuh permukaan cheesecake & tak melekat, dah masak la tu
?? Sejukkan atas redai pastu boleh letak dlm petisejuk plg kurang 4jam baru boleh enjoy ?.

Saya selalu buat malam, makan pagi esok.

kredit resepi kepada Roziati Abdul Rahman‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Resepi.My

Tinggalkan komen di sini

[crp]