Resepi Kek Hujan Panas Kek Warisan Berzaman Hidangan Istimewa DiHariraya

Oleh:

Resipi kali ini merupakan resepi kek yang telah lama dilupakan, kek hujan panas adalah sejenis kek butter yang diperbuat daripada marjerin dan juga kelapa kering yang diwarnakan dengan tiga warna. Kek ini paling popular terutama dihariraya, penggunaan kelapa  ini menghasilkan aroma yang sangat menarik. Manakala warna-warna yang digunakan biasa digunakan didalam masakan nasi hujan panas. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 250g marjerin Planta/Buttercup
  • 1cawan gula halus
  • 5 biji telur gred B
  • 1tsp esen vanila

B

  • 2 cawan tepung superfine
  • 1tsp baking powder

C

  • 3tbsp susu

D

  • 6tbsp kelapa parut kering (warnakan dengan warna hijau,pink dan biru)

Kaedah

  • Mula-mula pukul butter dan gula hingga kembangg.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji
  • Akhir sekali masukkan esen vanila.
  • Masukkan bahan B dan kaup balik atau guna mesin sahaja.
  • Akhir sekali masukkan bahan C dan juga bahan D
  • Bakar pada suhu 160c selama 60 minit didalam loyang saiz 8” bulat.
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.
  • Siap!

Penggunaan marjerin sangat popular suatu masa dahulu kerana ia lebih murah dan mudah disimpan. Jenama seperti planta dan buttercup sangat kerap digunakan. Jadi jika anda ingin kembali aroma kek zaman dulu cubalah dengan jenama-jenama tersebut. Selamat mencuba! 

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]