Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Fruit Pastry (Kek Buah Segar)

Resepi kali ini ialah sejenis resepi kek yang telah lama berada dinegara kita ini. Namun sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat, resepi kek ini kembali tular. Kek furit pastri ini mengandungi bahan yang sama seperti kek butter biasa. Tekniknya juga sama. Cuma ia menggunakan yogurt seperti kek butter sourcream yang banyak terdapat di negara barat.

Lazimnya kek buah menggunakan buah-buahan kering, namun berbeza sedikit dengan kek ini kerana  ia menggunakan buah-buahan segar. Antara buah-buahan yang sesuai ialah buah yang tidak berair dan sedikit masam. Contohnya buah strawberi, blueberry, peach atau kiwi. Buah-buahan ini digunakan kerana selain ia mengimbangi rasa manis kek, ia juga mempunyai warna yang terang dan tidak akan hangus ketika kek dibakar.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.


Resepi Kek Fruit Pastry (Kek Buah Segar)

Bahan-bahan 

A

  • Butter 100g
  • Gula halus/caster 160g

B

  • 3 biji telur
  • Parutan kulit oren/lemon1 sudu teh
  • Esen vanila 1 sudu teh

C

  • Tepung gandum 210g
  • Serbuk penaik 1 sudu teh

D

  • Yogurt natural 100g

Kaedah 

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Sediakan loyang bulat bersaiz 8”, gris dan lapik dengan kertas minyak.
  • Menggunakan mesin pengadun, pukul bahan A hingga putih.
  • Kemudian masukkan bahan B bermula dengan telur sebiji demi sebiji. Diikuti dengan parutan kulit oren dan esen vanila.
  • Apabila semua telah sebati, tanbahkan bahan-bahan C pula. Adun hingga sebati. 
  • Akhir sekali masukkan bahan D.
  • Bakar pada suhu 160c selama 40 minit.
  • Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
  • Keluar dan sejukkan, sedia untuk dinikmati.

Kek ini mempunyai rasa yang lemak-lemak manis. Penggunaan yogurt memberi sedikit kelainan dalam rasanya. Ia juga lembab, buah-buahan seperti strawberi dan blueberry benar-benar menghasilkan aroma yang sangat wangi. Penggunaan butter juga haruslah diberi keutamaan untuk menghasilkan kek yang wangi. Adalah dinasihatkan agar menggunakan ‘pure butter’ kerana selain dari aromanya yang lebih sedap, ia juga mengeluarkan kualiti premium dalam kek anda.

Jadi cubala resepi ini, selain untuk makan sendiri kek ini juga boleh dijual. Ini kerana ia mendapat permintaan yang tinggi. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!