Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pavlova (Mewah Bergaya Dan Sedap)

author name

Pavlova adalah sejenis manisan pencuci mulut berasaskan meringue. Meringue diperbuat dari telur putih dan gula. Pembuatannya agak cerewet kerana mangkuk yang diguna untuk mengadun telur mestilah bersih dari sebarang minyak tau air.

Pavlova dinamakan sempena seorang penari ballet dari Rusia, Anna Pavlova. Ia dicipta semasa persembahan penari tersebut di Australia dan New Zealand sekitar 1920. Hidangan ini sangat popular dihidang di banyak negara di luar negara untuk pelbagai keraian.

Kini di Malaysia ia makin mendapat tempat dan mula digemari ramai orang, Madam sendiri sangat mengemarinya. Oleh itu Madam telah mencuba sendiri resepi ini dan anda boleh cuba sendiri resepi ini.

Resepi Pavlova

Bahan-bahan

  • Telur Gred A 4 biji
  • Gula kastor 1 cawan
  • 1tsp cuka
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanila


Hiasan atas (topping)

  • 200ml krim putar
  • 1 sudu besar gula castor (pilihan)

Buah-buahan

  • Strawberi
  • Pic
  • Kiwi


Kaedah

  • Panaskan dulu oven 140C. Lapikkan dulang dgn kertas minyak, sebelum tu lukis bulatan 7″ atas kertas tu. Ketepikan.
  • Gunakan mangkuk pengadun jenis besi kerana ia lebih mudah dibersihkan. Juga pastikan mangkuk tersebut bebas dari sebarangminyak, air atau habuk. Untuk pastikan ia bebas dari sebarang minyak,boleh gunakan cuka dan sapu didalam bekas tersebut.
  • Pukul telur putih dengan kelajuan sederhana,tambahkan gula sedikit demi sedikit bila telur kelihatan putih. Campurkan semua gula hingga habis. Kemudian tambahkan kelajuan pengadun.
  • Terus pukul adunan hingga menjadi putih, berkilat dan kaku. Cara mudah untuk tahu tahap konsistensi yang betul ialah angkat pengadun (mixer) ke atas,terbalikkan. Jika adunan kaku dan tidak bergerak,bermakna adunan telah sedia untuk langkah seterusnya.
  • Seterusnya, renjiskan  tepung jagung dan cuka dengan mengunakan tenik kaup balik.
  • Apabila telah sebati,kaup balik esen vanilla.
  • Adunan telah siap dibancuh dan untuk langkah seterusnya. Letakkan adunan tersebut diatas kertas yang telah disediakan tadi.
  • Bakar pada suhu 140c selama 1jam 15min. Biarkan sekurang-kurangnya sejam didalam oven untuk memastikan meringue benar-benar kering dan rangup. Alih perlahan-lahan keatas papan atau piring pilihan anda.
  • Hias dengan krim putar dan juga buah-buahan. Oleh kerana pavlova ini adalah sejenis manisan yang sangat manis, buah-buahan yang sesuai ialah jenis yang tidak banyak air dan masam sedikit.

Pavlova ini sangat sedap,mewah dan masam-masam manis. Diluarnya rangup mudah pecah,namun didalamnya lembut seperti gula kapas. Jika dimakan begitu ia sangat manis, namun jika dimakan ketiga-tiga lapis, buah,krim dan pavlova rasanya memang mengkhayalkan.

Hidangkan ia ketika sejuk dan nikmati bersama keluarga. Jangan lupa cuba resepi lain ya,kerana kami mempunyai pelbagai koleksi resepi yang boleh dicuba juga.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *