Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Pisang Kukus (Moist, Wangi Menyelerakan)

author name

📄

‎Mencari oleh-oleh untuk balik kampung atau dibawa ke luar negara? Atau mencari makanan untuk dibawa ke rumah mertua? Kek pisang kukus ialah paling tepat.

Kek pisang kukus, kek lembut, moist dan lazat. Tidak dinafikan lagi ramai yang suka beli kek pisang kukus. Tidak kisahlah beli yang baru segar di kedai bakery atau yang pek plastik di kedai runcit. Kedua-dua jenis kek pisang ini mampu menarik hati.

Ramai pelancong beli kek pisang kukus di Malaysia untuk dibawa ke negera asal keran rasa kek pisang kukus sangat mencirikan melayu. Tidak semua orang pandai membuat kek pisang kukus yang lembut luar dan dalam seperti kepiawaian Zuhaidar Mohd Sofi yang berkongsi di laman Facebook. Menggunakan sukatan cawan. Kek pisang tampak berurat dan cantik.

Anda boleh cubakan resepi ini di rumah. Boleh jadi alternatif untuk kudapan minum petang bersama keluarga atau boleh dimahirkan lagi untuk buat bisnes kek pisang kukus. Lagi senang kerana kek ini menggunakan sukatan cawan. Ayuh cubakan!

Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan

kek pisang kukus
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat.
  • Ayak semua bahan di atas.

Bahan Blender :

  • *Minyak masak,
  • *1 cawan gula (kalau suka manis),
  • *3 biji telur gred A,
  • *1 sudu kecil esen vanilla,
  • 5-7 biji pisang emas masak ranum (dilenyek guna garfu, ini tips bagi kek nampak urat pisang).
  • Blender bahan yang bertanda * sampai sebati.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam tepung yang di ayak tadi, kacau-kacau guna senduk.
  2. Kemudian masukkan pisang yang dilenyek tadi. Kacau sampai sebati.
  3. Masukkan ke dalam yang telah disapu sedikit minyak.
  4. Kukus kek. Juga boleh dibakar pada suhu 160°C selama 45 minit ikut oven masing-masing.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek pisang kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *