Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Kek Kastard Pandan

author name

📄

*KEK KASTARD PANDAN*

_CREDIT DARI :Sifu Mahlizan Mat
#izanHomemade

*_Bahan2 kastard:_*
1200ml santan
(500ml santan kotak + 700ml air)
1 cwn gula castor
10g serbuk agar2
100g tpg hoen kwee
(Warna hijau/putih)
Sedikit paste pandan

*_Cara2nya:_*
Satukan semua bahan, kacau sebati dan tapis ke dalam periuk.

Kacau di atas api yg kecil hingga pekat dan berkilat.

Tutup api.

*_Bahan2 kek span pandan_*
150g tpg gandum
1sk baking powder
5biji telur B
100g gula kastor
1sk ovalet
50ml susu cair
1sk pewarna hijau
1/2sk paste pandan
50ml minyak

*_Cara2nya:_*

Satukan semua bahan kecuali minyak.

Putar hingga kembang dan ringan.

Tutup mixer, masukkan minyak dan kaup balikkan
adunan menggunakan spatula hingga sebati.

Sapu sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan.

Bakar selama 30minit pada suhu 170°c.

*Nota:*
Gunakan paste perisa lain utk mendapatkan rasa seperti strawberi dan keladi.

*_Cara2 melapis:_*

1. Potong kek span kepada 2 bahagian..Bahagian A & Bahagian B.

2. Sediakan loyang dengan saiz yg sama semasa
membakar kek dan basahkan loyang tersebut tanpa di lap.

3. Tuang 1/3 adunan kastard (yg masih panas) tadi ke dlm loyang utk membentuk lapisan pertama.

4. Utk lapisan kedua, ambil kek Bahagian A. Letakkan ditengah2 bahagian loyang dan ditekan sedikit.

5. Tuang lg 1/3 adunan kastard, utk membentuk lapisan ketiga. Pastikan keseluruhan kek Bahagian A dilitupi sempurna.

6. Utk lapisan keempat, ambil kek Bahagian B. Letakkan ditengah2 bahagian loyang dan juga ditekan sedikit.

7. Akhir sekali..tuangkan kesemua adunan kastard yg akan membentuk lapisan kelima. Ratakan dibahagian tepi loyang utk mendapatkan bentuk kek yg cantik dan kemas.

8. Biarkan sejuk dahulu diluar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

9. Selepas 2jam keluarkan kek tersebut dr loyang dan sedia utk dihias/dihidangkan.

Selamat menjamu selera 🙂 🙂
Jangan lupa share..

KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^
.
Jom Like Page Aneka Resepi Masakan untuk dapatkan lebih banyak resepi 🙂

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *