Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Krim Ceri Hitam Sekala Sekali Buat Sendiri

author name

📄

Resepi kek kali ini amat sesuai untuk dicuba bagi anda yang mencari cari idea bagi memeriahkan majlis seperti harijadi kerana ia amat mudah untuk disediakan. Kek ceri hitam ini bukan kek black forest kerana ceri yang digunakan didalam resepi ini adalah berbeza seperti didalam kek blackforest. Namun kek yang digunakan didalam resepi ini sama iaitu kek span coklat dan didalamnya diisi dengan inti buah ceri hitam (black cherry filling). Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan kek span coklat

  • 250g choc sponge mix
  • 4 biji telur gred A
  • 60 ml air
  • 60 ml minyak masak

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c 10 minit
  • Pukul laju sponge mix dengan telur hingga adunan pekat dan bila diusik dengan jari adunan akan bertanduk.
  • Henti mesin dan masukkan air kemudian pukul lagi sekurang-kurangnya 10 minit hingga adunan gebu.
  • Masukkan minyak masak dan kaup balik.
  • Tuang pada loyang bulat 9” dan bakar selama 40minit.
  • Sejukkan supaya senang untuk dipotong nanti.

Bahan inti

  • 250g black cheery filing
  • Susu cair
  • Fresh cream (pukul gebu hingga kaku)
  • Choc rice atau choc ganache sebagai hiasan.

Penyedian kek black chery

  • Potong kek menjadi 3 lapis
  • Lapisan pertama basahkan dengan susu cair dan tambah fresh cream barulah tambah pula black cherry filling.
  • Teruskan untuk lapisan kedua dan akhir sekali tutup dengan lapisan ketiga.
  • Crumb coat kek dengan baki fresh cream dan simpan dalam petiais supaya lebih senang untuk dilepa selepas ini.
  • Bila kek dah set, lepa kemas bahagian luar dan hias dengan choc rice atau choc ganache.
  • Kek ini perlu disiapkan sehari sebelum dinikmati untuk rasa yang lebih sedap.

Untuk mendapatkan lepaan yang kemas anda boleh cuba untuk crumb coat kek dahulu, simpan didalam petiais beberapa jam kemudian lepa semula dengan krim yang baru dipukul. Jangan putus asa dan cuba sehingga berjaya ok? Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.