Resepi Kek Oren Marble Syiok Sedap Sangat

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi kek butter yang amat sedap kerana ia beraroma oren. Cara membuatnya amat mudah dan kosnya juga amat murah. Antara bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini ialah ovallete,minyak jagung,tepung dan juga telur. Resepi kek marble ini bagaimanapun menggunakan emulco oren yang amat mudah ditemui.

Emulco berfungsi sebagai penambah perisa, bau dan juga oren. Ia menjadi pilihan kerana ia lebih mudah didapati dan juga harganya lebih mudah. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menyediakan kek marble ini.

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 100g gula pasir
  • 1 camca besar ovalette
  • 25ml pati santan/susu segar
  • 50g minyak jagung
  • 100g tepung gandum **
  • 1/2 sudu teh garam halus **
  • 1/2 sudu teh baking powder ** (** digaul & ayak)
  • 1 sudu teh orange paste
  • pewarna oren
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Putar gula + ovalette hingga rata. Masukkan telur & putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang & pekat
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar pada kelajuan perlahan.
  • Tuang minyak jagung & pati santan, gaul hingga sebati
  • Adunan dibahagi dua, satu adunan dicampur esen vanilla manakala satu lagi emulco oren.
  • Guna loyang saiz 8” bulat dan tambahkan adunan secara rawak dan corakkan marble menggunakan lidi atau garfu.
  • Bakar dlm oven 170C selama 40-60 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan diatas besi redai sebelum dihidangkan.
  • Siap.

Kek marble oren amat jarang dicuba namun sebenarnya ia amat sedap dan berbaloi untuk dicuba. Penggunaan emulco oren sebenarnya amat membantu tetapi untuk lebih aroma yang sedap anda boleh menambahkan parutan kulit limau kerana ia pasti lebih menyelerakan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.