Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Marble Jelita dan Viral Lagi Sedap Gebu

Resepi kali ini merupakan kek yang telah menjadi viral sejak akhir-akhir kni. Kek marble jelita mendapat namanya kerana rupanya kek ini yang telah dinaik tarafkan dengan hiasan coklat cip atau manik bebola yang boleh dimakan.

Bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ialah mudah seperti tepung gandum, telur dan gula. Hanya didalam resepi ia menggunakan ovallte iaitu sejenis agen penaik seperti baking powder, cuma ia memberi kesan yang lebih cantik. Resepi kek ini telah menjadi viral jadi anda harus mencubanya sendiri, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • ½ tsp garam
  • 11/2 tbsp ovalette
  • 50ml susu segar/cair
  • 1 cawan gula halus
  • 150g butter (cair dan sejukkan)
  • 5 biji telur gred B
  • Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk pengadun kecuali butter.
  • Pukul sehingga gebu, akhir sekali baru kaup balik butter.
  • Pastikan semua bahan sebati.
  • Bahagikan sedikit adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
  • Selebihnya masuk kedalam loyang empat segi saiz 8”.
  • Tuang adunan berwarna dan lorekkan membentuk corak yang cantik.
  • Bakar pada suhu 160c selama 40- 60 min.
  • Letak di rak bawah supaya warnanya tidak rentung.

Kek ini amat sesuai dijadikan hidangan bagi menyambut tetamu atau sebagai meraikan mereka yang tersayang. Terutama bagi mereka yang tidak suka pada kek yang berkirim, maka anda patut cuba resepi ini! Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!