POPCORN CHICKEN MELETOP
.
Mak mak ni kena kreatif tau. Kalah orang orang bisnes. Otak kena ligat pikir macam macam. Contoh, dada ayam ni la. Kalau masak lauk, berenang renang jek ler si ayam ni sampai kesejukan dalam periuk. Bila buat jek pop corn, krak kruk laju jek makan, sekejapan licin pinggan. Terus tak kecukupan. Mintak ampun sedapnya!
.
Kalau rajin, potong ler kecik kecik eh. Kak Bib mood malas, potong besar besar sikit biar keje masak memasak ni cepat settle. Home made popcorn chicken ni memang sedap dan juicy hingga menjilat kuali. Eh, jilat jari. Bau rempah yang wangi, ngan tepung krak kruk, sekejapan jek pinggan dah licin. Tak payah iklan promosi bagai. Macam biasa, opkos la lagi sedap dari yang beli. Ayam fresh, cuci bersih, rempah ratus cukup, tepung garing. Walhasil, memang berbaloi baloi lah buat sendiri. Siapa nak cuba, ni Kak Bib bagi resepi, ok.
.
POPCORN CHICKEN
2kg dada ayam (buang tulang dan potong dadu)
2 sdm serbuk cili
15 ulas bawang putih cincang
1 sdm serbuk lada hitam
1 sdm serbuk lada putih
3 sudu teh garam
1 sdt baking powder
2 sdm serbuk kari daging
1 sdm serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk Kayu Manis Ceylon
1 sdm secukup rasa Maggie (kalau suka, Kak Bib skipping)
*perap ayam dengan semua bahan sekurang-kurang nya 30min
3 Biji telur dipukul sikit dgn garpu
.
CAMPURAN TEPUNG
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
Secubit baking powder
1 sdt garam
Gaul ayam dengan telur, salut campuran telur dan goreng dengan api yg perlahan dengan minyak yg banyak.
* cara mudah salut ayam dengan tepung, masukkan tepung dalam mangkuk bertutup, masukkan ayam, tutup mangkuk dan goncang agar ayam bersalut rata dengan tepung.
Cuba, jangan tak cuba yaaaa
.
credit : Habibah Badar Bajrai
Jom share artikel ini jika bermanfaat
Tentang penulis
Resepi.My