Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kepak Ayam Sos Pedas Tak Perlu Masak

Resepi kali ini ialah kepak ayam bersos pedas yang amat mudah untuk disediakan. Kepak ayam adalah antara makanan snek yang amat digemari kerana ianya mudah untuk disedakan. Bukan sahaja mudah untuk disediakan, ia juga amat sedap dan sesuai dijadikan finger food.

Yang menariknya dalam resepi ini ialah sos yang saya gunakan tidak perlu dimasak seperti kebanyakan resepi kepak ayam. Antara sos yang saya gunakan ialah sos korea untuk mendapatkan rasa pedas, sos cili untuk rasa manis dan saya gunakan juga sos sriracha untuk rasa masam dan akhir sekali saya taburkan bijan yang dipanggangkan mengguna aor fdyer sahaja. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan utama

  • Kepak ayam (perap dengan tepung ayam bestari pedas)

Bahan sos

  • Sos ciliĀ 
  • Sos Korea
  • Sos Sriracha
  • Minyak sawit merah
  • Bijan (panggang dengan air fryer hingga wangi)

Kaedah

  • Kepak dipotong dua, kemudian celup dengan tepung ayam bestari dan goreng hingga garing, ketepikan.
  • Gaul semua bahan sos dan cuba rasa sebelum tambah atau kurangkan kuantitinya.
  • Tabur dengan bijan sebelum dihidang.
  • * sukatan sos bergantung pada kuantiti kepak ayam

Selain guna kepak ayam anda juga boleh gunakan bahagian ayam yang lain, potong kecil supaya mudah untuk digoreng dan digaul dengan sos. Masakan ini sedap dimakan begitu sahaja atau makan dengan nasi bersama salad. Hidangkan didalam majlis seperti harijadi juga sesuai atau sambil menonton bersama keluarga. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kepak Ayam Buffalo

Resepi Ayam Berlada Air Fryer

Resepi Kepak Ayam Sweet & Spicy

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!