ayam-madu-goreng

Resepi Ayam Madu Goreng (3 Langkah Mudah!)

Ayam Madu selalunya dibakar dan dijual di pasar malam. Akan tetapi, ada diantara kita yang lebih menggemari ayam madu goreng kerana rasanya lebih lazat. Ayam madu goreng juga lebih mudah untuk disediakan kerana kita hanya perlu menggorengnya dalam minyak yang penuh.

Kali ini kami bawakan resepi ayam madu goreng dengan 3 langkah mudah. Ianya amat sesuai buat para amatur serta para pelajar yang baru berjinak dalam dunia masakan. Sudah pasti, hidangan yang anda sediakan ini digemari ramai!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Suhaida Zainudi dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa lagi, jom kita lihat!

Resepi Ayam Madu Goreng

ayam-madu-goreng
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam (direbus dulu separuh masak dengan bawang putih + halia + garam)
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Madu
  • Halia (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Limau kasturi/Limau nipis

Cara – cara memasak:

  1. Perapkan ayam yang telah direbus dengan kicap manis, sos tiram, madu, halia dan bawang putih.
  2. Perap dalam 15-20minit
  3. Gorengkan dgn butter/marjerin hingga masak, dah masak boleh perahkan dengan limau kasturi/limau nipis

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *