Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lemak Cili Api Ayam Nangka Muda Masakan Kampung

author name

Resepi kali ini bukan sejenis masakan kampung yang sangat popular terutamanya di Negeri Sembilan.. Masak lemak cili api bersama ayam bersama nangka muda amat mudah ditemui terutamanya dinegeri tersebut. Ia menggunakan bahan yang ringkas seperti cili api bawangmerah,bawang putih dan juga serai. Namun begitu bahan yang sedikit berbeza di dalam resipi ini ialah penggunaan nangka muda. 

Nangka muda adalah buah nangka yang masih lagi belum masak dan masih muda. Untuk membersihkannya memerlukan kepakaran dan pengalaman Oleh itu adalah lebih baik jika nangka muda ini di beli di pasar di mana ia telah pun di bersihkan dan siap dipotong. Rebus ia sehingga benar-benar empuksebelum dicampur bersama kuah ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi anda mencuba sendiri resipi ini.

 Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam tua (rebus empuk, simpan airnya)
  •  Segenggam cili api 
  • Setengah inci kunyit hidup
  •  Tiga ulas bawang merah
  •  Satu ulas bawang putih
  • 1 batang serai (tumbuk pecah)
  •  Santan dari 1 biji kelapa tua
  •  Satu paket nangka muda (direbus dahulu sehingga empuk)
  •  Satu keping asam keping 

Kaedah

  • Mula-mula kisar cili api, bawang merah,bawang putih dan kunyit hidup.
  • Perah santan, asingkan perahan pertamanya sebagai patinya.
  • Perahkan baki kelapa parut sehingga dapat jumlah yang kita inginkan. Biasanya satu jag kecil.
  • Masukkan bahan kisar dan juga santan dalam periuk.
  • Buka api dan tambahkan asam keping.
  • Kemudian tambahkan ayam dan masak sehingga kuah mengelegak. 
  • Tambahkan nangka muda dan masak lagi, tambah air jika perlu.
  • Masak sehingga mengelegak, akhir sekali tambahkan santan pekat.
  • Kacau sentiasa agar santan tidak pecah.
  • Tutup api apabila kuah telah mengelegak, tambahkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
  • Siap!

Masakan ini menggunakan ayam tua sebagai bahan utamanya. Namun begitu anda juga boleh menggunakan ayam jenis biasa. Hanya pastikan jangan masukkan ayam terlalu awal untuk mengelakkan ia hancur apabila dimasak terlalu lama.Masakan ini sedap dinikmati bersama sambal belacan,ulam dan juga ikan masin. Jangan lupa mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *