Resipi Lemak Cili Api Rebung Perut Masakan Orang Negeri Sembilan

Resepi kali ini merupakan satu lagi masakan kampung yang berasal dari Negeri Sembilan. Ia adalah masakan yang menggunakan perut lembu dan juga rebung. Kedua bahan ini agak unik dan cara memasaknya juga sedikit berbeza. Walaupun masakan ini menggunakan lemak cili api seperti kelaziman masakan negeri sembilan namun jika tidak betul caranya ia akan menjadi tidak sedap juga.

Baiklah jika anda ingin mencuba, cari bahan-bahan yang diperlukan dikedai berdekatan dan ikut resepi seperti berikut.

Bahan-bahan

  • Segenggam cili api 
  • Dua ulas bawang putih 
  • Tiga ulas bawang merah 
  • Satu inci kunyit hidup 

Bahan lain

  • 300g perut lembu yang telah direbus dan dihiris
  • 1 pek rebung putih (ikut anggaran sendiri,pilih yang putih)
  • 300g santan pekat 
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai (tumbuk pecah)

Kaedah 

  • Bersihkan rebung,bilas berulang kali jika gunakan jenis jeruk. Kalau boleh pilih jenis putih kerana kurang masam.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar di dalam periuk. 
  • Kemudian masukkan separuh santan,perut dan serai.
  • Buka api dan sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
  • Apabila telah mengelegak masukkan rebung (pastikan ia telah dibersihkan serta dicelur dahulu)
  • Kemudian tambahkan baki santan, terus kacau sehingga mengelegak.
  • Tutup api dan tambahkan garam dan serbuk perasa.
  • Siap!
Resipi Lemak Cili Api Rebung Perut Masakan Orang Negeri Sembilan 2
Resipi Lemak Cili Api Rebung Perut Masakan Orang Negeri Sembilan 3
Ringkas tapi sedap!

Masakan negeri sembilan ini dikenali sebagai masakan yang pedas kerana ia menggunakan cili api. Namun tahap kepedasan masakan ini boleh dianggar mengikut citarasa anda. Anda boleh menggunakan cili api yang tidak pedas atau gunakan cili ali burung jika sukakan yang pedas. Diharap anda akan sudi mencuba sendiri resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

Penulis