Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Ikan Masin Paling Sedap Makan Bertambah – Tambah

Inginkan menu makan tengahari? Buntu dengan lauk yang sama setiap hari? Tidak tahu masak makanan yang sedap – sedap? Kali ini kami bawakan resepi masak lemak cili api nenas ikan masin yang menjadi kegemaran ramai! Ianya sedap, berlemak dan cukup rasa. Ianya juga amat sesuai dijadikan juadah padah waktu makan tengahari.

Resepi masak lemak cili api nenas ikan masin ini juga amat mudah untuk disediakan. Hanya terdapat 7 langkah yang ringkas yang anda perlu ikuti. Bahan – bahannya pula boleh didapati di pasaraya berdekatan sahaja. Buat yang masih amatur, resepi ini sesuai untuk anda. Dengan hasil yang lazat dan memuaskan ini, pasti sahaja keluarga anda menyukai hidanga ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Ajda Eyla dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok resepi ini!

Resepi Masak Lemak Cili Api Nenas Ikan Masin

masak lemak ikan masin
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ikan duri
  • Nenas
  • Timun
  • Santan
  • Ikan masin
  • Bahan Kisar:
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili api
  • 1 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • Sedikit nenas

Cara – cara memasak:

  1. Kisar semua bahan yang perlu di kisar.
  2. Tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.
  3. Masukkan ikan masin dan nenas.
  4. Masukkan sedikit air dan santan.
  5. Masak hingga empuk.
  6. Masukkan timun.
  7. Letakkan sedikit garam.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!