Resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli (Sedap mengasyikkan!)

ikan-keli-tempoyak

Selalunya, gulai tempoyak akan dimasak bersama ikan patin. Ianya merupakan hidangan tradisi yang berasal daripada Temerloh, Pahang. Walaubagaimanapun, ada lagi hidangan gulai tempoyak lain yang anda boleh sediakan selain daripada ikan patin.

Kali ini kami bawakan resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli, rasanya sedikit berlainan daripada ikan patin. Akan tetapi, ianya masih lazat dan unik. Buat penggemar ikan keli, resepi ini untuk anda!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Raniaa Hisham dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Keli

ikan-keli-tempoyak
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 ekor ikan keli saiz besar )
  • 1 camca teh serbuk kunyit*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 1 camca teh minyak masak*
  • 3 batang serai, diketuk
  • 1 camca besar penuh tempoyak
  • 1 helai daun kunyit, dihiris halus
  • 1 keping asam gelugor (kalau saiz kecil, guna 2)
  • 20 tangkai pucuk ubi (atau secukupnya), cuci, toskan dan disimpul
  • 1 liter santan cair
  • 500 ml pati santan
  • Air jika perlu
  • Garam secukup rasa
  • 35 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
  • 1 1/2 inci kunyit hidup

Cara – cara memasak:

  1. Ikan keli disiang, kerat 2 atau 3 bahagian bergantung pada saiz ikan keli, bersihkan.
  2. Kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum, biar 5 minit dan cuci bersih. Perap sekali lagi dengan jus limau nipis sekalam 10 minit.
  3. Cuci bersih, toskan dan gaul dengan bahan2 bertanda (*) hingga rata.
  4. Panggang atau salai ikan keli tadi atas api bara yang ditambah sabut kelapa (untuk mendapat bau aroma asap). Salai hingga ikan keli masak, balikkan sentiasa agar masak rata. Ketepikan.
  5. Dalam pengisar (blender), masukkan cili padi, kunyit hidup (hiris kecil), tempoyak dan 1/2 cawan santan cair. Kisar hingga halus dan tuang ke dalam periuk.
  6. Tambah serai titik dan asam gelugor. Tuang baki santan cair, kacau dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan ikan keli salai dan pucuk ubi simpul tadi. Kacau perlahan dan masak hingga pucuk ubi lembut, tuang sedikit air jika perlu.
  8. Kemudian tuang pati santan dan masukkan hirisan daun kunyit.
  9. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil dan kacau sekali sekala hingga mendidih.
  10. Apabila rasa sudah okay, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lauk lain.

Resepi – resepi lain yang boleh anda cuba:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Give a Comment