Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Pedas Kedah Makan Dengan Nasi Pasti Bertambah

author name

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan asam pedas yang sedikit berbeza berbanding dengan asam pedas yang biasa kita dapati. Jika kebiasaan asam pedas menggunakan teknik menumis sehingga cili menjadi garing sebelum ditambah air asam jawa dan ditambah dengan ikan, bendi dan juga tomato. Namun bagi resepi dari utara ini, ia menggunakan beras didalam yang dikisar bersama bahan lain sebelum dimasak bersama.

Bahan-bahan lain seperti daun kesum atau bunga kantan digunakan sebagai bahan yang menaikkan aromanya. Masakan ini sangat menarik dan patut dicuba, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan kisar

  • Cili kering 10 tangkai
  • Bawang besar 2 biji
  • 1 sudu beras (rendam air panas dlm10 minit)
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Asam keping 5keping
  • Daun kesom( atau bunga kantan)
  • Ikan kembung 
  • Kacang bendi
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Rebus bahan kisar dalam 10-15minit.
  • Tambah air dan asam keping.
  • Biar sampai mendidih kemudian letak daun kesum,kacang bendi dan ikan.
  • Apabila semua bahan telah sebati masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Siap!

Masakan ini amat sesuai bagi peminat masakan berkuah yang masam, pedas dan panas. Sesuai dimakan bersama nasi, sambal belacan,ulam-ulaman dan sepinggan nasi panas. Bagi yang tidak pernah mencubanya, masakan ini sangat berbaloi untuk dicuba, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *