, ,

Resepi Susu Strawberi Korea Senang Sangat Tak Pakai Blender Pun

Oleh:

 Resipi ini merupakan resipi susu yang menggunakan buah strawberi. Susu strawberi Korea kini sangat popular dikalangan orang kita sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja strawberi malah susu pisang juga amat digemari. Sebenarnya minuman ini amat mudah untuk disediakan dan bahan-bahan digunakan juga amat mudah ditemui. Baiklah berikut adalah bahan-bahan diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 peket strawberi segar dan masak
  • 5 sudu besar gula perang
  • 500ml susu segar
  • 500ml krim putar ( yang digunakan untuk masakan)

Kaedah

  • Potong strawberi menjadi dadu dan tambahkan gula perang.
  • Biarkan beberapa jam atau hingga strawberi tadi mengeluarkan air
  • Masukkan strawberi dalam botol dan masukkan krim dan susu.
  • Sukatannya bergantung pada citarasa anda.
  • Siap!

Penyediaan susu strawberi ini sedikit lain kerana ia menggunakan buah strawberi yang dipotong dadu dan penggunaan krim menjadikan ia lebih berlemak. Selain dari menggunakan gula perang anda juga boleh menggunakan gula putih. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini