Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Strawberi Compote Boleh Guna Untuk Macam-Macam Manisan

author name

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi sos strawberi yang digunakan untuk membuat inti kek. Namun oleh kerana Ianya juga sesuai digunakan untuk tujuan lain, maka kali ini kita akan kongsikan cara membuat Strawberry compote. Antara bahan yanh digunakan diam resepi ini ialah strawberi, gula, air dan jus limau nipis atau lemon. Cara penyediaannya sangat mudah dan berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 400 gm strawberi segar – potong dadu
  • 60 gm gula kastor
  • 60 gm air
  • 1 sdb tepung jagung
  • 1 biji lemon – sagat kulit – ambil jus
  • Dalam pan kecil, panaskan gula kastor, air dan tepung jagung, kacau sebati.
  • Masukkan kulit lemon bersama perahan lemon, gaul lagi.
  • Masukkan buah strawberi segar, kacau selama 5 – 8 minit atau sehingga pekat.
  • Tutup api dan sejukkan,sedia untuk digunakan atau simpan dalam botol didalam petiais.

Strawberi compote ini boleh juga dijadikan minuman Frappuccino strawberi ataupun dimakan bersama aiskrim vanila, rasanya sebiji macam sundae strawberi Mc Donald. Ia juga tahan jika disimpan didalam petiais dan paling baik ialah anda juga boleh menyukat kandungan gula didalam resepi ini sesuai dengan selera anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *