Resepi Sambal Belacan Strawberi Berdesing Pedas

Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan resepi yang agak unik. Sambal belacan strawberi menggunakan bahan-bahan yang biasa seperti mana sambal belacan. Namun didalam inovasi baru ini kita menggunakan buah strawberi sebagai kelainan.

Bagi anda yang ingin mencubanya,  bahan-bahan yang digunakan ialah cili api belacan dan buah strawberi. Tidak seperti kebiasaan  sambal  belacan biasa ia hanya menggunakan buah strawberi kerana buah ini agak masam jika dibeli di negara kita ini oleh itu amat sesuai dijadikan bahan di dalam sambal belacan. Berikut adalah cara dan bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 15 biji lada kecil
  • 2 biji lada merah besar
  • Belacan bakar 1 inci
  • Strawberry sesuka hatimu
  • Garam dan gula secukup rasa.

Kaedah

  • Bakar cili dan belacan.
  • KIsar atau tumbuk semua bahan
  • Tambahkan strawberi dan perasakan gula dan garam.
  • Siap
Resepi Sambal Belacan Strawberi Berdesing Pedas 2
Resepi Sambal Belacan Strawberi Berdesing Pedas 3

Anda tidak perlu menambah asam limau atau asam jawa di jalan resipi ini. Buah strawberi boleh dicampur sekali di dalam sambal belacan ini ataupun anda boleh memotongnya kecil-kecil dan tambahkannya di dalam sambal ini. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Penulis