Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Talam Ubi Kayu Versi Bekas Dadih Lebih Senang

Resepi berikut ini ialah resepi kuih yang menjadi kegemaran ramai khususnya masyarakat kita yang terkenal dengan pelbagai jenis kuih muih. Kuih talam ubi ini menarik kerana ia mempunyai dua bahagian. Pertama bahagian bawahnya yang diperbuat dari ubi yang diparut dan dicampur dengan gula merah dan santan. Bahagian kedua pula iaitu bahagian atasnya diperbuat dari tepung beras yang mempunyai rasa sedikit masin.Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan bahan yang digunakan.

Bahan-bahan bahagian bawah

  • 600g ubi kayu siap parut
  • 200g gula merah/gula melaka
  • 200ml santan
  • 100ml air 
  • 2 helai daun pandan

Bahagian atas

  • 200ml santan kara
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 tbsp tepung jagung
  • 1 tsp garam

Kaedah

Bahagian bawah/ubi 

  • Masak gula merah bersama air dan daun pandan hingga gula larut.
  • Tutup api dan kemudian masukkan ubi yang telah diparut dan diperah airnya.
  • Tambah juga santan dan bila dah sebati masukkan dalam bekas dadih dan kukus sebentar hingga masak.

Bahagian atas/putih

  • Campurkan semua bahan mula dengan santan diikuti dengan tepung beras, tepung jagung dan garam.
  • Kacau sebati dahulu kemudian masak hingga ia berwap dan tutup api.
  • Kemudian  tuang diatas ubi yang telah dikukus tadi, sebelum itu cakar-cakar dulu bahagian atas dengan garfu.
  • Kemudian sambung kukus hingga bahagoan putih itu masak.
  • Sejukkan sebelum dinikmati
  • Siap!

Menjadi kebiasaan kuih seperti ini dimasak didalam talam sebab itu namanya kuih talam. Tapi untuk lebih mudah anda juga boleh menggunakan bekas plastik yang lebih mudah untuk disediakan. Selamat mencuba 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.