,

Resepi Ayam Masak Merah Berbijan Pedas Manis Sedap Ratah

Oleh:

Resepi ini merupakan sejenis hidangan berasaskan ayam yang bukan sahaja ringkas untuk disediakan tetapi juga amat sedap. Ayam masak merah bijan ini menggunakan bahan- bahan yang hampir sama dengan ayam masak merah biasa namun dalam resepi ini ianya sedikit berbeza kerana penggunaan biji bijan. Ianya memberi aroma menarik serta menyelerakan terutama bila digabung dengan pelbagai rasa pedas, manis dan sedikit masam. Baiklah bagi anda yang sedang mencari idea masakan, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Ayam dipotong kecil
  • Tepung goreng ayam bestari
  • Bahan sambal
  • Bawang merah, putih dan halia yang dikisar
  • Cili boh 3 tbsp besar
  • Cili sos 1 tbsp
  • Tomato sos ½ tbsp
  • Madu 1 tbsp
  • Sos korea 1bsp

Bahan lain

  • Bijan putih yang disangai lebih dahulu
  • Daun bawang hiris 
  • Bawang goreng

Kaedah

  • Bersihkan ayam, perap dengan tepung bestari.
  • Celup dengan tepung bestari dan goreng dengan minyak penuh
  • Ketepikan
  • Selepas itu sediakan bahan sambal pula
  • Tumis bahan yang telah dikisar, masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.
  • Masukkan sos cili, tomato, madu dan sos korea.
  • Tambah garam sedikit untuk rasa tapi jangan terlalu banyak kerana sos-sos yang digunakan telah ada garam.
  • Apabila semua bahan telah sebati, masukkan ayam dan gaul sebati.
  • Taburkan dengan bijan, daun bawang dan bawang goreng jika suka
  • Siap!

Masakan ini selain dimakan bersama nasi ia juga sedap bila diratah. Jika anda tidak suka pedas, abaikan penggunaan cili korea kerana ianya agak pedas. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]