Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Masak Merah Bersantan Special Dari Utara

author name

Resepi ini merupakan cara lama orang kita menyediakan masak merah ini. Ayam masak merah ini biasanya dihidang didalam majlis kenduri kendara. Pada zaman dahulu jika ada majlis kenduri seperti perkahwinan mereka akan bergotong royong dan seorang tukang masak profesional akan diupah. Tukang masak yang dimaksudkan ini biasanya bukanlah chef terkenal lulusan universiti, sebaliknya ialah seorang yang berpengalaman didalam masakan berskala besar. 

Ayam masak merah ini menggunakan santan sebagai bahan yang menaikkan keenakkan dan kepekatannya. Paling biasa dihidang bersama nasi minyak dan juga acar buah ia juga sebenarnya boleh disediakan sendiri dirumah anda. Baiklah berikut adalah bahan yang diperlkan.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil kacang peas (pilihan)
  • ½ biji bawang besar (dipotong nipis)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji cengkih
  • 20 biji cili kering (dipotong, direbus dan dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • Kisar semua bahan-bahan.
  • Gaulkan ayam dengan kunyit dan goreng agak masak.
  • Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan goreng sekejap.
  • Masukkan bahan-bahan kisar dan gaul rata.
  • Masukkan tomato puri. Masak sehingga pecah minyak dan biarkan sedikit kering.
  • Masukkan ayam, santan pekat dan gaul rata.
  • Masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih.
  • Perlahankan api sebentar dan biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api.
  • Masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan.
  • Siap dan sedia dihidangkan.

Bagi memastikan masak merah yang lebih sedap pastikan ayam digoreng tidak terlalu garing tetapi juga bukanlah separuh masak untuk memastikan ia tidak cepat rosak. Masakan ini juga boleh dinikmati bersama nasi putih dan juga ulam-ulaman, namun paling sedap bila dihidang bersama papadom. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *