Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kerabu Mangga Sotong Tempura Confirm Buat Terliur

Resipi kali ini merupakan resipi yang inspirasikan daripada masakan Thailand. Ianya menggabungkan salad mangga bersama sotong tempura yang digoreng menggunakan teknik deep fried. Hidangan ini paling sesuai dijadikan sebagai pembuka selera ataupun dijadikan hidangan sampingan. PenyediaanĀ  yang sangat ringkas namun gabungan salad mangga bersama sotong tempura ini amat menarik. Apapun bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan kerabu mangga ThailandĀ 

  • 1 biji buah mangga hijau saiz sederhana (sagat nipis)
  • 1 batang lobak merah (sagat nipis)
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 5 ulas cili api (hiris)
  • Daun ketumbar (hiris)

Kaedah

  • Gaul semua bahan diatas, ketepikan

Bahan sos

  • Akar daun ketumbar
  • Cili api 5 ulas
  • Sos cili ThaiĀ 
  • Jus limau
  • Bijan putih (pilihan)

Kaedah

  • Gaul semua bahan dan tuang diatas kerabu sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan

  • Calamari ring frozen
  • Tepung goreng bestariĀ 
  • Air sejuk

Kaedah

  • Bersihkan sotong dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
  • Sediakan dan panaskan minyak (deep fried).
  • Gaulkan tepung bestari dengan air sejuk.
  • Celup sotong dan goreng dengab minyak panas.
  • Toskan sebelum dihidang dengan sos dan salah mangga tadi.
  • Siap!

Kerangupan sotong tempura bersama rasa masam manis dan pedas menjadikan hidangan ini sangat sedap dan memikat. Bagi menjadikan hidangan ini lebih sedap pastikan anda menggunakan bahan-bahan yang segar dan betul. Contohnya penggunaan daun ketumbar bersama sos cili Thai memberi aroma yang sangat berbeza dan sedap. Jadi jangan lupa mencuba resepi ini ya!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!