Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Masak Merah Serai Sedap Lazat Tak Terperi

author name

Resepi ini merupakan salah satu resepi ayam masak merah paling ringkasn dan mudah untuk disediakan. Tidak seperti ayam masak merah bahan yang digunakan didalam resepi amat minima. Bahan seperti bawang merah, bawang putih dan serai sahaja yang diperlukan.

Walaupun biasanya didalam resepi masak merah wajib ada rempah empat beradik seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji ketumbar bvagi menaikkan aroma. Namun begitu bagi resepi ini bahan yang wajib ada ialah serai yang bertujuan untuk menaikkan aroma menariknya itu.

Bahan-bahan

  • 3/4 Ayam
  • 6 Biji Bawang Kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 helai daun pandan (pilihan)
  • Segenggam cili kering

Kaedah

  • Goreng ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam. Jangan terlalu masak untuk elakkan keras bila dihidang
  • Tumis bawang kecil, bawang putih yang telah dikisar sampai wangi
  • Masukkan lada kering yang telah dikisar hingga pecah minyak
  • Masukkan air asam jawa (secukup rasa)
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Masukkan serai yang telah dititik
  • Masukkan ayam yang telah digoreng

Resepi ini juga menggunakan daun pandan bagi menaikkan aromanya. Namun begitu ianya tidak perlu jika anda tidak suka, yang penting ialah serai yang telah dititik hingga pecah yang pasti akan menambah keenakkan pada masakan anda ini. Hidangkan ia bersama nasi putih pasti menambat selera anda! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *