Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Ayam Tua Daun Maman Mak Tam Gemencheh

author name

Resepi kali ini merupakan masakan rendang yang popular dan telah menjadi trendmark masakan rendang Negeri Sembilan. Rendang ayam tua daun maman ini banyak didapati daerah Gemencheh walaupun kini daun maman boleh didapati diseluruh negara kita.tapi sebab daun maman ini rasanya lain dari lain dan paling sedap dimasak dengan kuah seperti lemak cili api ataupun dibuat jeruk. Jadi bagi anda yang ingin mencuba resepi masakan tradisional bolehlah mencuba resepi ini yang saya dapatkan dari destinasi.tv dalam segmen masakan kampung dan trasikonal. 

Bahan-bahan 

  • Ayam tua atau ayam telur 2 ekor (saya rebus empuk dulu)
  • Daun maman 4 kg (buang batang dan ambil daun sahaja)
  • Cili api dan kunyit (kisar halus)
  • Asam keping 10 keping
  • Santan 3kg
  • Garam kasar

Kaedah

  • Masukkan ayam dan bahan kisar dalam kuali.
  • Tambah garam kasar secukupnya
  • Tambah air sedikit jika terlalu pekat.
  • Masak hingga ayam kecut.
  • Kemudian masukkan santan dan masak hingga ia pekat.
  • Bila dan pekat baru masukkan asam keping.
  • Akhir sekali baru masukkan daun maman dan biarkan ia tanpa dikacau.
  • Bila daun mulai layu barulah kacau sikit-sikit hingga daun itu sebati bersama rendang.
  • Masak hingga rendang pekat dan naik minyak.
  • Siap!

Mak tam turut berkongsi tip untuk elak rendang menjadi pahit iaitu jangan kacau daun maman selepas ditambah dalam rendang. Saya telah mencuba sendiri resepi dan mengikut petua dari Mak Tam ini namun saya kurangkan ia menjadi separuh sebab daun maman sukar untuk didapati di kawasan saya ini. Namun ia berbaloi dan sangat sedap untuk dicuba, apatah lagi bila disediakan dihariraya memang tak cukup. Jadi jika anda ke pasar carilah daun maman dan jangan lupa cuba resepi ini.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.