|

Resepi Lemak Cili Api Perut Dengan Rebung Masakan Kampung

Resepi masakan kampung kali ini ialah antara menu yang sentiasa mendapat permintaan didalam hidangan makan tengahari terutamanya ketika musim raya haji. Masakan rebung ni kalau menggunakan rebung yang segar pasti rasanya sangat sedap dan terasa manis. Sesetengah orang tak suka rebung kerana baunya yang kuat jadi ia perlu dibasuh berulang kali tapi kalau sekali cuba mesti nak lagi. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Perut lembu (rebus empuk dan hiris sederhana kecil)
  • 1 pek kecil rebung putih (bersih dan toskan)

Bahan kisar

  • Segenggam cili api
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Bahan lain

  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1-2 batang serai (tumbuk pecah)
  • Asam keping sekeping 
  • Santan kara 1 kotak kecil
  • Air secukupnya 
  • Garam dan secukup rasa maggi.

Kaedah

  • Tuang semua bahan kisar dan periuk dan tambah sedikit lagi air.
  • Tambah serbuk kunyit dan santan
  • Bila dan mengelegak tambah perut dan rebung.
  • Kemudian tambah asam keping dan juga serai.
  • Bila kuah hampir mengelegak masukkan garam dan secukup rasa maggi atau ajinomoto.
  • Tutup api bila semua bahan dah mengelegak dan sebati.
  • Siap!

Rebung putih ini kalau hendak cari, carilah dipasar pagi yang selalu menjual bahan masakan dari orang kampung yang mencari bahan-bahan dari sekitar rumah mereka. Jika guna rebung kuning atau jenis jeruk kadang kala rasanya sedikit masam dan baunya sangat kuat, perlu dibasuh berulang kali Apapun ini terpulang lah pada selera memasing. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts