Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Kerang Pucuk Paku Cair Sedap Makan Dengan Nasi

author name

Resepi kali ini merupakan masakan rendang cili api kerang bersama daun sayur pucuk paku. Suatu masa dulu ini maskaan rakya mahraen kerana masa itu kerang sangat murah dan pucuk paku juga amat mudah ditemui hatta di Kuala Lumpur sekali pun. Tambahan pula santan dan kelapa masih lagi murah masa itu. Masakan rendang kerang ini adalah pilihan orang yang tidak mampu membeli ayam atau daging dimana suatu ketika dulu harga kedua bahan mentah ini sangatlah mahal dan biasa hanya dapat dinikmati ketika orang kahwin ataupun ketika hari raya. Jomlah lihat apakah cara dan bahan bahan yang saya gunakan untuk menyediakan rendang kerang cair bersama kerang dan juga pucuk paku ini.

Bahan-bahan

  • 1 kg isi kerang
  • Santan 1kg 
  • Asam keping 1 keping
  • Pucuk paku 2-3 ikat (ikut selera anda)
  • Serai 2 batang (ketuk pecah)
  • Kerisik 1 peket kecil

Bahan kisar

  • Bawang merah 10 ulas
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 inci
  • Serai 2 batang
  • Cili api segenggam
  • Cili kering siap potong dan rebus 1 mangkuk kecil

Kaedah

  • Masukkan bahan kisar dalam kuali dan tambah santan pekat.
  • Buka api , tambah kerang dan asam keping, masak hingga mengelegak
  • Tambahkan kerisik dan biarkan hingga santan naik minyak
  • Tambah garam,gula dan serbuk perasa
  • Akhir sekali tambah sayur pucuk paku dan masak hingga ianya layu dan masak.
  • Tutup api kalau suka boleh tambah daun kunyit siap hiris.
  • Siap!

Oleh kerana alaf ini industri penternakan makin canggih makan pelbagai jenis makanan yang dulunya mahal makin murah dan mudah didapati. Contohnya kerang yang saya beli ini adalah kerang beku walaupun ianya sedklit liat namun ia amat memudahkan urusan masakan. Jika anda ingin gunakan kerang yang segar pastikan anda sekadar mencelur ia untuk mudah buang kulitnya,tak perlu rebus terlalu lama kerana akan menyebabkan isinya kecut dan tak sedap. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.