Resepi Rendang Tok Menu Daging Pilihan Ramai

Oleh:

Rendang Tok merupakan hidangan tradisi orang Melayu. Ianya merupakan hidangan daging yang dimasak bersama bawang merah, cili, belacan dan asam jawa. Rendang tok ini juga selalunya di masak dalam kadar waktu yang lama bagi membuatkan hidangan ini lebih tahan lama. Selain itu, hidangan ini selalunya dihidangkan bersama dengan nasi impit, lemang ataupun boleh dimakan bersama nasi putih.

Cara pembuatan rendang tok ini tidaklah sukar, walaubagaimanapun, ianya mengambil masa yang lama. Resepi ini sesuai dihidangkan pada musim perayaan kepada para tetamu yang hadir menziarah. Rendang tok ini juga boleh digantikan dengan ayam mengikut kepada citarasa anda sendiri.

Resepi ini dikongsikan oleh Ajwa Abu Hasandan mendapat banyak likes di media sosial. Jom kita lihat resepi ini!

Resepi Rendang Tok

Resepi Rendang Tok Menu Daging Pilihan Ramai 1
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging 1kg
  • Bawang merah siam 1kg
  • Cabai kering 60 biji
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa

Cara – cara memasak:

  1. Bawang merah siam digoreng menjadi bawang goreng.
  2. Tumbukkan bawang goreng sehingga pecah minyak dan menjadi seperti kerisik.
  3. Rebus cabai kering dan kisar dengan sedikit belacan.
  4. Tumiskan cabai dengan minyak bawang goreng sehingga wangi dan pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan daging dan biarkan sehingga empuk.
  6. Masukkan bawang goreng yang ditumbuk bersama air asam jawa.
  7. Masukkan garam, perasa dan gula.
  8. Biarkan pecah minyak dan masak lama sedikit supaya tahan lama.
  9. Siap!
Resepi Rendang Tok Menu Daging Pilihan Ramai 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Nur Dini Abd Aziz
Suka berkongsikan resepi terkini yang menarik untuk dicuba.

Tinggalkan komen di sini