RESEPI KAMBING MASALA

RESEPI KAMBING MASALA

Bahan Utama:
1) 1kg daging kambing
• kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana
• gaul bersama 1 sudu serbuk kunyit dan sedikit garam
• rebus dgn sedikit air hingga air kurang atau daging cukup masak

Bahan Kisar:
1) 7 ulas bawang merah
2) 5 ulas bawang putih
3) 2 inci halia
4) 1-2 batang serai

Bahan-Bahan Lain:
1) 1 labu bawang besar (dihiris)
2) 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
3) 2 biji tomato (potong empat)
4) 2 tangkai cili hijau (dihiris)
5) 2 tangkai cili merah (dihiris)
6) 1 tangkai daun kari sedikit daun ketumbar
7) 1 keping kayu manis
8) 1 bunga lawang
9) 3 biji pelaga
10) 1/2 sudu biji jintan putih
11) 1/2 sudu biji jintan manis
12) 1/2 sudu serbuk ketumbar
13) 3 sudu serbuk cili
14) 1 sudu serbuk garam masala
15) 2 gelas air
16) Garam dan aji secukupnya
17) Minyak masak

Cara Memasak:
1) Panaskan minyak dalam kuali.
2) Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
3) Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
4) Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
5) Kacau seketika dan masukkan tomato.
6) Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
7) Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
8) Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
9) Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.
10) Kambing masala sedia dihidangkan.
Selamat Menjamu Selera ~ Pasti Terangkat.