Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Meatball Sos Gravy Ala Ikea Kasi Gempak

author name

📄 ,

Resepi kali ini akan membawa kepada anda satu menu yang paling digemari terutama yang jika ke kedai perabot tersohor IKEA. Meatball ini dihidang bersama sos lada hitam dan juga jem strawberi. Walaupun hidangan ini pada mulanya dilragui keenakannya tetapi dalam masa yang singkat ia telah menarik minat ramai orang terutamanya orang Malaysia yang sangat gemar mencuba makanan baru.

Kali ini kita akan bawa kan kepada anda resepi dan cara mudah untuk menyediakan menu meatball IKEA ini. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menyediakan resipi ini.

Bahan-bahan

  • ½ peket meat ball segera (rebus atau grill)

Bahan Sos 

  • 2 tbsp butter
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 1/2 tbsp tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1 tbsp sos tomato
  • 1 sudu kecik kicap manis (sekadar untuk hitam sahaja)
  • 2 tbsp serbuk lada hitam 

Kaedah

  • Panaskan butter
  • Tumis bawang putih
  • Masukkan bawang besar potong dadu
  • Masukkan tepung gandum
  • Kacau segera
  • Tambahkan air atau susu
  • Kacau sehingga sebati
  • Masukkan kuib ayam/daging
  • Kacau sehingga ia sebati
  • Masukkan sedikit sos tomato dan sos tiram
  • Tambah kicap sekadar untuk dapatkan warna hitam
  • Akhir sekali tambahkan serbuk lada hitam
  • Masak sehingga serasi, tambah garam jika kurang masin.
  • Tunggu sejuk sedikit dan kisar agar semua bahan sebati.
  • Siap!

Penyediaan meatball IKEA

  • Ambil meatball dan tuang sos blackpepper.
  • Hidang bersama jem strawberi jika anda suka.
  • Siap!

Jika kebiasaan yang hidangan ini dihidangkan bersama mashed potato dan sedikit sayur-sayuran. Itu terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Namun bagi saya memadai meatball dihidang dengan sos lada hitam dan sedikit jem.Macam tu pun sedap juga, jadi selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *