Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sos Kewpie Sos Cicah Homemade Steamboat Sukiya

author name

📄

Resepi kali ini diadaptasi daripada sos cicah yang sangat popular bagi penggemar makanan steamboat iaitu Sukiya. Kebiasaannya jika berkunjung di Sukiya anda boleh membuat sos sendiri menggunakan bahan-bahan yang disediakan tetapi dalam perkongsian kali ini menunjukkan bagaimana sebenarnya anda boleh buat sendiri dirumah sos tersebut. Sukiya adalah restoran masakan Korea dan menyediakan salah satu hidangan popular mereka iaitu steamboat bersama sos cicah yang unik dan sedap. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sos cicah ini amat ringkas dan mudah untuk didapati di market berhampiran. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya .

Bahan-bahan

  • Bawang putih 5 ulas
  • Daun ketumbar 1/2 ikat
  • Daun bawang ½ ikat
  • Cili padi 10 ulas (kalau suka pedas)
  • *cincang semua bahan diatas
  • Sos roasted sesame (ikut rasa)
  • Miso paste ( 1 tsp, saya tak letak sebab tak jumpa)
  • Chili oil (ikut rasa, saya guna yang homemade)

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan gaul sebati sebelum digunakan.
  • Siap!

Sos ini sangat sedap jika dimakan bersama dengan daging grill ataupun dengan steamboat yang boleh dibuat di rumah. Selain daripada itu anda juga boleh makan dengan nugget ataupun french fries jika anda suka. Jika tak habis sos ini boleh disimpan dalam petiais dan tahan beberapa hari sahaja kerana penggunaan daun bawang dan daun ketumbat dalam bentuk mentah memendekkan hayat sos ini. Tapi amat berbaloi untuk dicuba sebab sedap sangat! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.