Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sos Ketumbar Berkrim Buat Cicah Segala Macam Roll

author name

Resepi kali ini ialah resepi sos yang sedap tetapi mudah untuk disediakan. Sos ketumbar berkrim menggunakan bahan yang amat simple tetapi rasanya sedap. Sos ini boleh dijadikan pencicah pelbagai jenis makanan seperti popia ataupun cucur bawang. Malah cicah dengan nugget atau ayam goreng pun sedap. Baiklah bagi anda ingin mencuba sesuatu yang lain berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 ikat daun ketumbar (bersihkan dan buang akarnya)
  • 1 genggam cili api hijau (kalau suka pedas)
  • 5 batang cili hijau
  • 1-2 ulas bawang putih ( anggar iku selera)
  • 1-2 tbsp asam limau nipis (adjust ikut selera)
  • 1 botol kecil mayonis 
  • Gula dan garam anggar ikut citarasa.

Kaedah

  • Kisar semua bahan kecuali asam limau.
  • Akhir sekali adjust rasa manis dan masin bersama jus limau.
  • Simpan dalam botol untuk tahan lebih lama dalam petiais>
  • Siap!

Selain dicicah dengan popia atau cucur sos ni pun sedap dicicah dengan udang goreng tepung. Rasanya sangat lemak-lemak masam dan manis bersama aroma ketumbar sangatlah memikat terutama bagi peminat makanan ala Thailand. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.