Resepi Krim Kastad Pandan Kelapa (Sebagai Pencicah)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai dijadikan inti pencicah roti atau isian didalam bombalini. Bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini amat mudah didapati. Resepi ini telah diolah agar la tahan lama dan lebih sedap.

Saya menggunakan emulco pandan kerana lebih mudah didapati dan warnanya juga lebih cantik. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Kastad Pandan Kelapa

Bahan-bahan

A (Kisar)

  • 1 sudu teh pandan emulco 
  • 200ml santan kotak
  • 3 sudu besar susu manis

Kaedah

  • Masukkan semua bahan kecuali susu manis dalam satu periuk.
  • Panaskan sehingga berwap, tutup api dan masukkan susu manis.
  • Ketepikan.

  • 3 biji kuning telur 
  • ¼ cawan gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam

Kaedah

  • Campurkan semua bahan kecuali telur.
  • Kacau sebati kemudian baru masukkan kuning telur.
  • Sedia untuk digunakan.

Penyediaan kastad pandan kelapa.

  • Campurkan bahan A kepada bahan B sedikit demi sedikit.
  • Elakkan masuk serentak untuk mengelakkan kastad bergentel.
  • Masak dengan api kecil hingga ia pekat.
  • Tambah susu cair atau krim jika ingin ia lebih pekat.
  • Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
  • Siap!

Krim kastad pandan ini biasanya dipanggil sangkaya. Namun ia sebenarnya sedikit berbeza dari segi rasa. Krim kastad ini tahan seminggu jika disimpan didalam petiais, simpan didalam bekas kedap udara. Anda haruslah cuba resepi ini bagi merasai sendiri perbezaannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Give a Comment