Resepi Agar-agar Pandan Santan Aromanya Wangi Menyelerakan

Resepi berikut adalah resepi agar-agar santan yang sangat ringkas tapi sedap. Agar-agar kali ini menggunakan air pandan, santan bersama telur. Walaupun ianya menggunakan telur dan santan Ianya tidaklah berlapis seperi puding lumut. Ini kerana penggunaan telur yang lebih banyak serta puding ini dikacau lebih kerap berbanding puding lumut. Baiklah berikut adalah bahan bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Air 1 liter dikisar bersama daun pandan
  • 1 sudu besar emulco pandan
  • 1 pek (10g serbuk agar-agar)
  • 200g gula pasir + gula batu 

Bahan B

  • 200ml santan kotak
  • 2 biji telur
  • ½ tsp garam

Kaedah

  • Mula-mula pukul santan bersama telur dan juga garam.
  • Selepas itu dalam periuk masukkan air kisaran daun pandan
  • Tambah emulco pandan dan gula.
  • Buka api dan kacau hingga gula larut.
  • Kemudian masukkan bahan B, kacau sehingga ia mendidih baru tutup api.
  • Masukkan dalam acuan yang telah dibasahkan.
  • Sejukkan dan bila dah beku baru keluarkan dari petiais.
  • Siap!

Agar-agar ini mempunyai aroma yang sangat sedap kerana penggunaan air daun pandan dan juga emulco pandan yang bukan sahaja memberi aroma yang sedap tetapi juga warna hijau yang sangat cantik. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts