Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Pandan Chiffon ( Lembut Dan Gebu)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi kek yang sedap dijadikan pencuci mulut. Tidak seperti kek kontinetal,kek chifon dimakan begitu sahaja tanpa sebarang inti atau krim. Ia mudah ditemui dikedai-kedai kek bakeri.

Kek chiffon adalah sejenis kek yang ringan yang diperbuat dari tepung gandum, telur,minyak dan gula. Melihat bahannya adalah sama seperti kek lain, namun pembuatannya yang berbeza dan menjadi faktor yang membezakan ia dari kek butter atau span. Kek chiffon juga menggunakan loyang yang berbeza. Iaitu loyang yang mempunyai lubang ditengah dan juga tinggi. Ini yang menyebabkan kek chiffon lebih tinggi namun sangat ringan berbanding kek lain.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi kek chiffon pandan, iaitu gabungan antara barat dan timur. Kek sebegini sememangnya sesuai dengan selera orang kita,mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Kek Pandan Chiffon ( Lembut Dan Gebu)

Bahan-bahan

A

  • 225g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh baking powder

B

  • 6 biji kuning telur
  • 105g gula halus
  • Secubit garam

C

  • 125ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 162ml jus pandan (lebih kurang 5 helai)
  • 1 sudu teh emulco pandan
  • 165ml santan (kalau santan pekat sangat boleh campur air sikit)

D

  • 6 biji putih telur
  • 105g gula halus
  • 1 sudu teh cream of tartar
  • 2 sudu teh jus lemon

Kaedah

  • Panaskan oven 170C.
  • Ayak bahan A dan ketepikan.
  • Didalam mangkuk besar, putarkan bahan B sehingga kembang & warnanya kuning pucat.
  • Kemudian, masukkan bahan C. Putar hingga sebati.
  • Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam campuran B+C dengan menggunakan spatula.
  • Kacau dengan kaedah kaup balik. Cukup sekadar sebati sahaja. Jangan terlebih kacau.
  • Untuk bahan D, gunakan mangkuk lain yang kering lagi bersih. Putar putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih. Masukkan jus lemon dan putar lagi. Kemudian, masukkan gula & putar lagi sampai kembang dan kental (stiff peak) dimana ia takkan jatuh kalau terbalikkan mangkuk.
  • Masukkan 1/3 adunan putih telur / meringue kedalam adunan A+B+C tadi dengan menggunakan spatula (kaedah kaup balik) sehingga sebati.
  • Masukkan semua meringue ke dalam adunan tadi. Kaup balik hingga sebati. Ketika ini, adunan sangat gebu dan ringan.
  • Masukkan ke dalam loyang & bakar selama 40-45 minit. Loyang tak perlu letak kertas/minyak. Tuang gitu je.
  • Sejukkan dengan kaedah telangkupkan loyang supaya kek tak mendap. Lebih kurang 2 jam.

Kek ini sangat kembut dan ringan, jadi ia tidak sesuai ditambah krim atau hiasan lain. Ia sudah cukup menyelerakan dengan rupanya yang ringkas tetapi sangat menarik. Anda boleh mencubanya sebagai hidangan didalam jamuan. Atau buat ia sebagai menu minum pagi,petang atau bila masa sahaja anda suka.Jadi selamat mencuba ya dan terima kasih kerana like dan share.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *